Rabu, 15 April 2009

uniform syurga

Semasa aku menunggu kawan di depan sebuah pusat membeli belah yang sangat masyhur, aku terpandang seorang berpakaian seperti orang beriman. Aku senyum kerana tak dapat memberi salam disebabkan jarak dan bunyi bising dari sumber-sumber di sekeliling.Lelaki yang berpakaian seperti orang beriman itu bangun dari tempat duduknya dan menghampiri aku.Dia memberi salam dan kami mula berbual. Dari pertanyaan dari mana hendak kemana sampai lah ke tajuk hidup selepas mati. Dalam masa yang singkat itu juga dia sempat memberi nasihat sempena rambut aku yang panjang. Dia memberitahu aku hukum lelaki berambut panjang, ceh aku dah agak dah mesti kena punya.( dalam hati aku ). Katanya lelaki berambut panjang berdosa dan masuk neraka.Aku mula terbau hangit, sebab hati aku terbakar. Aku yang tak pandai tentang hukum terus tanya kat dia..'Tuhan ada telefon abang ke bagitau pasal saya masuk neraka'..? Dia pandang aku lama lepas aku tanya soalan tu. Aku masih tunggu jawapan dia. Tapi tiba-tiba dia terus pergi langsung tak bagi salam dah.
Aku terfikir mungkin pakaian dia tu uniform untuk masuk syurga kot..aku pakai uniform untuk masuk neraka sebab tu dia tau.

dunia lagi satu

Kadir ( seekor monyet ) sering bertenggek atas batu besar yang berlekuk itu setiap kali selepas hujan turun. Kadir akan sentiasa melihat ke dalam lopak air yang bertakung di lekuk batu itu. Dia akan membawa buah-buahan untuk di makan selama dia berada di situ kerana dia tidak akan beredar selagi air di batu itu tidak kering.

( Selepas hujan turun beberapa minggu sebelum itu )

Kadir melompat dari dahan ke atas seketul batu besar yang berlekuk dan terdapat takungan air diatasnya. Kadir terpandang bayangnya di dalam air secara vertical.Kadir melihat bayang-bayangnya dan berlalu dari situ.Kadir mencari buah-buahan hutan untuk dimakan.
Tapi semenjak Kadir melihat bayangnya dilopak air di atas batu itu kadir sering terfikir kemana bayang tu pergi bila kadir tak melihatnya di lopak itu, apa bayang tu buat bila kadir tiada di situ, jadi kadir mengambil keputusan untuk bertenggek atas batu itu setiap kali selepas hujan turun sehingga lopak itu kering supaya dia tidak tertanya- tanya lagi.

(Untuk makluman..Kadir ada kawan, seekor tupai bernama khairul )

Selasa, 14 April 2009

Kembara Seniman Jalanan

salah satu scene yang aku suka dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Banyak yang aku belajar dari Osman Tikus ni...kalau kalian pun nak belajar dari Osman Tikus cari dan tonton filem ni.

katak panggil aku bukan panggil aku katak

Hari ni panas terik...aku nak keluar makan tengaharipun jadi malas..aku menyanyi-nyanyi kat tepi tingkap ofis...ada la 2 - 3 buah lagu aku nyanyi , harap-harap hujan turun..tak la panas sangat...rupanya baru aku tau suara aku bukan jenis yang sesuai untuk panggil hujan...hehe...