Sabtu, 25 April 2009
oatk ktia
Rabu, 15 April 2009
uniform syurga
Semasa aku menunggu kawan di depan sebuah pusat membeli belah yang sangat masyhur, aku terpandang seorang berpakaian seperti orang beriman. Aku senyum kerana tak dapat memberi salam disebabkan jarak dan bunyi bising dari sumber-sumber di sekeliling.Lelaki yang berpakaian seperti orang beriman itu bangun dari tempat duduknya dan menghampiri aku.Dia memberi salam dan kami mula berbual. Dari pertanyaan dari mana hendak kemana sampai lah ke tajuk hidup selepas mati. Dalam masa yang singkat itu juga dia sempat memberi nasihat sempena rambut aku yang panjang. Dia memberitahu aku hukum lelaki berambut panjang, ceh aku dah agak dah mesti kena punya.( dalam hati aku ). Katanya lelaki berambut panjang berdosa dan masuk neraka.Aku mula terbau hangit, sebab hati aku terbakar. Aku yang tak pandai tentang hukum terus tanya kat dia..'Tuhan ada telefon abang ke bagitau pasal saya masuk neraka'..? Dia pandang aku lama lepas aku tanya soalan tu. Aku masih tunggu jawapan dia. Tapi tiba-tiba dia terus pergi langsung tak bagi salam dah. |
dunia lagi satu
( Selepas hujan turun beberapa minggu sebelum itu )
Kadir melompat dari dahan ke atas seketul batu besar yang berlekuk dan terdapat takungan air diatasnya. Kadir terpandang bayangnya di dalam air secara vertical.Kadir melihat bayang-bayangnya dan berlalu dari situ.Kadir mencari buah-buahan hutan untuk dimakan.
Tapi semenjak Kadir melihat bayangnya dilopak air di atas batu itu kadir sering terfikir kemana bayang tu pergi bila kadir tak melihatnya di lopak itu, apa bayang tu buat bila kadir tiada di situ, jadi kadir mengambil keputusan untuk bertenggek atas batu itu setiap kali selepas hujan turun sehingga lopak itu kering supaya dia tidak tertanya- tanya lagi.
(Untuk makluman..Kadir ada kawan, seekor tupai bernama khairul )
Selasa, 14 April 2009
Kembara Seniman Jalanan
salah satu scene yang aku suka dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Banyak yang aku belajar dari Osman Tikus ni...kalau kalian pun nak belajar dari Osman Tikus cari dan tonton filem ni.
|